Monday, June 12, 2017

Jiranku Kekasihku by Lysa Allysa


Sinopsis:

Pada mulanya, kehadiran Tengku Sharizal tak berapa nak diendahkan oleh Faiza, walaupun kelibat lelaki itu serang mencuri perhatianya. Lama-kelamaan, bila lelaki itu mula menunjukkan tanda dan sering memberikan isyarat cinta, Faiza tidak teragak-agak untuk menerima cintanya, walaupun perkenalan mereka tersangatlah singkat.

Perhubungan mereka pada mulanya tidak mendapat restu daripada ibu Tengku Sharizal memandangkan terdapat perbezaan taraf yang sangat ketara. Bagi ibu lelaki itu, Faiza tidak setaraf dengan anaknya. Di tempat kerja pula, Tina terkenal dengan sikap gedik dan mengada-ngada sering memberi amaran kepada Faiza agar menjauhkan diri daripada Tengku Sharizal. Faiza jadi pelik dengan sikap terlebih suka yang ditunjukkan Tina.

Keadaan makin rumit dengan hadirnya Hakimi, kekasih lamanya yang datang kembali untuk menagih cintanya semula. Ingin membetulkan keadaan. Namun, tidak diendah Faiza. Seringkali dia melarikan diri setiap kali kelibat Hakimi menghampiri. Faiza jadi sangat tertekan dan celaru. Ditambah pula dengan kejutan demi kejutan yang diterima, yang membuatkan kehidupan bahagianya menjadi kacau bilau.

Apakah kejutan yang diterima oleh Faiza? Siapa pula Tina yang beria-ia menghalangnya daripada terus menjalin hubungan dengan DR. Sharizal? Dan ibu mertuaku, bakal merestuikah pilihan anakmu ini?


Download Jiranku Kekasihku

Download Jiranku Kekasihku